Jumaat, 21 Ogos 2015

Macamane nak cari duit lebih?

Assalamualaikum,

Oleh kerana ekonomi malaysia semakin jatuh..merudum, so kenalah bertindak cepat untuk cari duit..
Sebelum ni totally bergantung dengan biasiswa. Bila biasiswa dah tamat..aku pon tamat (*_*)

Banyak jugak benda yang aku dah pernah buat untuk cari duit poket ni, meh aku listkan

1- Keja retailer (gaji dlm 1100-1500) sebulan. Bergantung pada owner kedai yang kita kerja.
cara nak jd retailer? senang je, masuk je pasar raya, tengok mana2 sigboard yang ada tulis VACANCY..maksud dia kerja kosong. terus la ringan2 mulut2 untuk tanya.

2. Kerja jualkan barang orang, amek la sikit untuk dalam RM5 / RM10 ke utk setiap brg. pastikan tau harga sebenar produk, harga pos dekat customer, harga pape la yg berkaitan supaya tak la jadi rugi plak.

3. Kerja waiter kat hotel, ni aku baru je try. sejam dlm Rm5 ke atas. bergantung pada event dan hotel. Diorang memang ada gajikan part time ikut jam kerja. so, habis je kerja haritu dapat la duit. X payah bagi resume ke apa. kena pandai tuang air, dengar arahan, dan pakaian sopan ikut hotel nak.

4. Jual Megi kat asrama. pernah jugak buat. beli sepaket besar, lepastu jual tiap paket dlm harga amek untuk 30-50 posen je..boleh tahan la..tapi sekarang dah tak buat sebab dah tak makan megi. tak bagus untuk kesihatan plus takkan orang pon sakit sebab makan megi.

5. Keja jual-jual2 biasa la..jual kot, jual baju renang muslimah, jual barang carft..benda2 yang boleh dibuat tu la dijual. asrama kan. kalu ada dapor memang dah lama jual nasi dan kueh..hihi

Kalau x silap, korang boleh jugak jual barang dekat ebay http://www.ebay.com/sch/Malaysia-/162190/i.html or amazan https://www.amazon.com/gp/gw/ajax/s.html or lebih common lagi dengan orang melayu http://www.lelong.com.my/ ..korang jual sume barang2 yang dah tak pakai dan menyemak je dalam loker. mane tau ada orang berminat. so dapat jugak la duit. hehe

so..yang dalam list tu memang aku pernah buat la..dan alhamdulillah..dapat la jugak walaupun sikit. so selamat mencuba kengkawan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan