Sunday, October 30, 2016

Menyayangi ibu bapa dan ibu mertua

Assalamualaikum,

Hai guys, girlz..

Harini jom aku nak kongsi sikit. ritu aku ad dengar ceramah ustazah nor hafizah musa.

dari situ aku banyak belajar dan aku baru tau yang sebagai menantu perempuan,

ibubapa mertua level dia lebih tinggi dri ibubapa sendiri.

So, berbuatlah baik kepada mereka dan sayangi mereka LEBIH dari engkau menyayangi dan berbakti pada kedua ibubapamu sendiri.

Kita kena dekatkan suami kita dan beri dia peluang berbakti pada ibu bapa dia lebih dri ibu bapa kita sendiri.

HEBAT KAN?

Kalau kita berdoa, jangan lupa mereka dalam doa kita sepertimana kita juga perlu sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita.

Kita kena selalu redho bila suami melebihkan kedua ibu bapamnya, memberi wang belanja dan memberi masa terutamnya bila mana kedua ibu bapa suami kita telah tua.

SWEET TAK?

korang tau ke kenapa?

sebab setiap kebaikan dan bakti suami kita tu akan lahir keberkatan.

Dengan KEBERKATAN itu lah menjadi asbab kebahagiaan rumah tangga kita, kehidupan dan sume lah..

lagipun mestilah kita nak suami kita masuk syurga kan? so syurga dia ada dekat ibu bapa dia la..

Jom kita sikit2 berubah ke arah kebaikan.

Tak rugi kita jadi baik, dunia ni kan jambatan je..tak rugi kita bersabar, sebab setiap kesabaran Allah janji pahala.

Lagi2 kalau kita dikurniakan mertua yang soleh dan solehah. amiin

ok la..tu je kot. sampai jumpa!


No comments:

Post a Comment