PRAKATA
Berbekalkan pengalaman melaui pelbagai pembentangan di alam kampus. Saya
ingin berkongsi tips ringkas agar para pelajar lainya dapat mengambil manfaat
sekaligus membantu mengatasi masalah terutamanya ketika diamanahkan untuk
melakukan pembentangan. Pengalaman memperolehi beberapa kejayaan sebagai
pembentang terbaik memberi keyakinan untuk saya menulis sedikit sebanyak
langkah mudah yang saya lakukan ketika menyapkan diri dengan pembentangan.
Walaupun bukanlah dikenali sebagai pelajar yang aktif dan berani sewaktu di
alam persekolahan namun kejayaan yang ditempa sewaktu diperingkat universiti
menguatkan lagi teori bahawa kejayaan dan kehebatan itu boleh ditempa dan
dibentuk. Ia tidak mudah namun tidak mustahil dengan izin Allah. Jadi jangan
sesekali takut atau mengalah dalam apa jua keadaan kerana Allah menjadikan kita
manusia yang hebat.
PENDAHULUAN
Sebagai pelajar universiti, kita tidak dapat lari dari melakukan
pembentangan sama ada didalam kelas, bilik tutorial mahupun dewan kuliah. Bagi
pelajar biasa, perasaan takut sering menyelubungi diri sehingga tidak dapat untuk
melakukan yang terbaik. Bahkan ada juga dikalangan pelajar yang terus ‘blank’
sewaktu tiba di atas pentas. Saya juga mengalami keadaan yang sama sewaktu
pertama kali memegang mikrofon untuk bercakap dikalangan ramai. Tiada sebarang
kata yang mampu keluar melainkan getaran yang sangat ketara di dua bibir.
Setelah beberapa tahun berjinak jinak dengan dunia perdebatan dan pembentangan,
bermula dari pembentangan didalam kelas secara kecil-kecilan sehinggalah kepada
pembentangan bersifat rasmi iaitu didalam bilik mesyuarat bersama Timbalan Naib
Canselor universiti. Saya dapat melakukanya dengan baik sekali. Memandangkan pembentangan
adalah sesuatu yang tidak asing dan kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua
pelajar terutamanya diperingkat universiti, saya kongsikan beberapa langkah
mudah yang terbukti berkesan sewaktu membantu rakan-rakan sepengajian.
BAHAN PEMBENTANGAN “SLIDES”
1)
Disediakan sebelum pembentangan oleh pembentang
(paling baik) atau ahli kumpulan. Ini kerana, orang yang menyediakan “Slides”
adalah individual yang memahami sepenuhnya perkara yang hendak dibentangkan.
2)
“Slides” mestilah seringkas yang mungkin. Hanya
letakkan paling kurang 2 baris ayat dan paling banyak 8-10 baris ayat. Isi
disusun mengikut nombor atau “bullet”.
3)
Jangan meletakkan terlalu banyak perhiasa didalam “Slides”
seperti gambar, animasi, dan bunyi.
Bergantung kepada keadaan dan penonton yang akan mendengar. Untuk pembentangan
rasmi. Jadikan “Slides” kelihatan professional.
4)
Jangan memilih warna yang sangat terang kerana ia akan
menggangu. Pilih warna yang bersesuaian dgn latar belakang. Tujuan pemilihan
warna adalah untuk menghasilkan “Slides” yang menarik dan kelihatan “Smart”.
5)
Elakkan menghasilkan terlalu banyak “Slides”
(bergantung pada tajuk). penumpuan biasanya hanya boleh berlaku dalam tempoh 15
minit hingga 30 minit. Kebiasaanya, saya hanya menghasilkan 6- 13 “Slides”.
6)
Gariskan “keyword” pada tempat yang penting. Ia memudahkan
anda untuk mengingati semula penerangan pada tempat2 penting.
7)
Pilih saiz tulisan yang bersesuaian dan jenis tulisan
yang mudah dibaca.
PERSIAPAN SEBAGAI PEMBENTANG
1)
Pembentang mestilah berkeadaan sihat sepenuhnya
(bersarapan, bertenaga, tidak demam dan tidak selsema). Sekiranya ada simptom ketidakselesaan
namun masih dapat dikawal, seeloknya minum air masak dan hilangkan gemuruh dan
lebih tenang.
2)
Pakai pakaian yang “smart” dan bersih. Keselesaan dalam
pemakaian mampu menambahkan keyakinan diri.
3)
Bagi perempuan, tidak perlu memakai pakaian yang
terlalu “menonjol” kerana dikhuatiri pembentangan terganggu disebakan perhatian
penonton beralih ke tempat lain dan menimbulkan ketidakselesaan dalam diri.
4)
Hadir ke tempat pembentangan sekiranya perlu seperti
pembentangan rasmi. Sekiranya hanya melibatkan dewan kuliah yang besar. Pelajar
boleh pergi dan cuba membentang “Slidess” sambil menggunakan mikrofon
sehari sebelum kejadian atau beberapa jam sebelum kejadian. Cara ini sangat
membantu terutamanya mengawal gemuruh dalam diri sekaligus memupuk keyakinan
diri. Jangan sekali kali bertambah takot sekiranya sewaktu “rehersal” anda kelihatan
begitu teruk dan bertambah takot serta tidak yakin. Sekiranya ini berlaku. Katakana
dalam diri “ Aku tak boleh buat macam nie nanti..mesti lebih baik” dan praktis
sehingga merasa kurang gemuruh walaupun tidak sempurna.
5)
Elakkan diri dari merasa “Over Confident” sebelum
malakukan pembentangan kerana sikap ini biasanya akan berakhir dengan
kekecewaan. Letakkan rasa rendah diri namun MAMPU untuk melakukan YANG TERBAIK.
Allah jualah yang memudahkan segala aturan.
CARA MENYAMPAIKAN PEMBENTANGAN.
1)
Kenali “audience” atau penonton yang akan mendengar
pembentangan anda. Adakah mereka dikalangan kawan sekuliah yang suka tidur dan
cepat boring? Atau mereka para Dr dan Prof yang bersikap lebih serius dan
berminat dengan pembentangan anda?
2)
Mulakan pembentangan dengan pertanyaan kabar sekadar
yang perlu bagi membina hubungan dengan para penonton. Ia juga dapat
mengurangkan rasa gemuruh terutamanya berhadapan dengan penonotn yang tidak
dikenali.
3)
Anda mestilah sudah MENGUASAI segala permasalahan
serta persoalan yang terkandung dalam pembentangan. Anda mestilah seorang yang
sangat faham dengan segala isi kandungan pembentangan.
4)
Gunakan gaya bahasa yang mudah difahami ketika
menerangkan sesatu isu atau persoalan.
5)
Datangkan contoh yang pada setiap isi yang sukar
difahami dan ia mestilah ringkas agar penonton tidak jemu untuk cuba memahami. Contoh
yang dikaitkan dengan kehidupan seharian lebih mudah difahami berbanding contoh
dibekalkan didalam buku atau tulisan.
6)
JANGAN MEMBACA SLIDES sahaja sebaliknya setiap “point”
isi yang ditulis secara ringkas didalam “slide”
diikuti penerangan panjang lebar bukan dari hafalan sebaliknya kefahaman
pembentang.
7)
Sentiasa beranggapan bahawa penonton ingin tahu dan
faham tentang pembentangan kita (walaupon kadang2 mereka macam tak nak
dengar)..Tarik perhatian dengan menggunakan intonasi suara yang pelbagai juga
gaya yang berbeza.
8)
Pembentangan yang paling Berjaya apabila penonton
dapat member respon berkenaan maksud yang cuba kita sampaikan seperti senyum,
ketawa, menangis dan sebagainya.
9)
BUANG PERASAAN MALU dalam diri yang tidak bertempat.
10) JANGAN TAKUT
DENGAN KESALAHAN..sebagai pelajar kita tidak akan lari dari kesalahan. Kesalahan
hari ini pasti memngajar kita sesuatu yang baru pada masa hadapan.
11) Apabila ‘ter’silap
sebut atau ‘ter’salah isi atau segala perbuatan yang berkaitan ‘ter’…jangan panic
sebaliknya bersikap tenang dan teruskan pembentangan. Sekiranya mampu untuk
membetulkan silakan betulkan. Sekiranya tidak cukup sekadar memohon maaf atas
kesilapan.
12) Akhiri
pembentangan dengan mengajukan persoalan agar kita berpuas hati dengan
pemahaman yang diperolehi pendengar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan