Jumaat, 17 September 2010

Tahukah kamu apa itu 'Yaumul Masyir' ?

Berikut adalah ulasan serba sedikit yg dapat dikongsi dari buku yg bertajuk "bertemu janji dengan Allah".
Antara nama hari kiamat adalah Yaumul masyir membawa erti 'hari manusia kembali menghadap Allah bagi menerima hukuman.
 Firman Allah :
 ولله ملك السموت والأرض وما بينهما وإليه المصير (سورة المائدة ) أية 18
bermaksud " dan kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan kerajaan bumi dan antara keduanya. Dan kepada Allahlah kembali (segala sesuatu).
Secara Umumnya..kalian tahu bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi.Dan perlu juga kalian tahu bahwa kerajaan langit dan bumi ini MILIK ALLAH..
tidak sepatutnya manusia itu memerintah negara-negara didunia ini mengikut caranya sendiri sehingga ia melupakan peraturan , dan cara mentadbir mengikut kehendak Allah..namun, sekiranya itu berlaku..maka manusia sedemikian bolehlah dikatakan menyerupai pemberontak ataupun penderhaka kepada kerajaan Allah S.W.T.

Apabila seorang pemerintah enggan menerima peraturan serta hukum Allah S.W.T yg paling sempurna ini..secara tidak langsung membuktikan  bahawa manusia itu merasakan seolah-olah mereka itu lebih bijak dari Allah..
Firman Allah :
 وجعلوا لله أندادا ليضلوا عن سبيله قل تمتعوا فإن مصيركم الى النار
 سورة إبراهيم) اية30)
Maksudnya " Orang0orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu mereka bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. katakanlah :'bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka"..
Oleh yang demikian.. ayuhlah kita sama-sama menilai pemerintah kita..adakah mereka membawa kita mendekati Allah atau sebaliknya..sama-sama kita fikirkan....Ayuhlah sama-sama bernaung dibawah kepimpinan ulama .. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan