Khamis, 30 September 2010

Air mata sesalan Selamatkan Manusia dari api Neraka..

Hadis dikeluarkan oleh tarmizi ,dr al-hakim,dr abdullah ibn umar,dr nafie' , dr ibn abi hudai'ie , drpd abdul rahman ibn abdillah, drpd andul rahman ibn samurah katanya rasulullah bersabda : 
gambar hiasan
''semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana manjaga kedua ibu dan bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dgn malaikat Maut lalu menghalang malaikat maut drpd mengambil nyawa lelaki itu(dgn amalan itu bertambah panjang umur lelaki itu).
Begitu juga aku melihat seorang lelaki drpd kalangan umatku yg sedang berhadapan dgn azab kubur, tiba-tiba dtg amalan wuduk org itu yg cukup sempurna lalu menangkis azab kubur, sehingga lelaki itu terlepas drpd azab kubur yg sudah bersedia mengazabnya.
Begitu juga aku melihat seorang lelaki drpd kalangan umatku yg dikelilingi syaitan yg akan menyesatknya. ketika itu dtg amalan zikrullah org itu dan menghambat syaitan-syaitan itu, maka terlepas drpd perbuatan syaitan yg akn menyesatkanya.
gambar hiasan
Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi malaikat azab yg sudah bersedia mengazab org itu, kemudian dtglah amalan solat(solat fardhu dan sunat) org itu lalu melepaslannya dr azab itu.
Selain itu aku juga melihat umatku dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kpd kolam kolam air, ad org yang menghalaunya.Pada ketika itu, datanglah amalan puasa org itu membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.
dan begitulah hadis seterusnya dgn ganjaran amalan baik yg pernah dilakukan diatas dunia serta balasanya di akhirat kelak seperti, amalan mandi janabah,amalan haji dan umrah,amalan silaturrahim,amalan sedekah,amalan amar maaruf nahi munkar,akhlak yg mulia , amal ibadat yg disebabkan rasa gerun kepada allah dan sebagainya..
Tidak rugi sekiranya kita berbuat kebaikan kerana allah mengira setiap amalan walau sebesar zarah..
Firaman Allah : Dan barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Ayuhlah kita sama-sama bangkit dan beramal untuk Islam tercinta!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan