Selasa, 12 April 2011

Warkah dari sahabat buatmu teman..

Insan, 
Sedarilah dunia banyak limpahan rahmat
Setiap hembusan nafas
Benda berharga yang berada di sekeliling kita
Segala nikmat kehidupan...
Tidakkah kita sedar 
kita makhluk yang paling banyak 'meminjam'
Malah tidak kita syukuri pinjaman NYA.
Kekurangan yang menimpa
Kesakitan yang melanda
kesusahan yang dirasa
itulah yang seringkali kita bebankan..kita rungutkan..kita bualkan..sesama manusia..
Kita bisik...dalam sanubari insan 
Kononnya penuh kekecewaan..

Wahai hati..
Mengapakah sukar sekali mendidikmu..
Syukurkan nikmat Ilahi..
Gunakan segala pinjaman yang diberi ini
Dengan sebaik nikmat si peminjam
Yang Entah bila akan dipanggil
Menghadap Tuhan pencipta yang ESa...

Kita sedari kita manusia,
Insan penuh noda dan alpa
Tetapi wahai manusia...
Apakah kita sedang berlumba-lumba kejalan yang baik??
Kita bukan lagi sebaik generasi yang dikatakan Nabi..
Kita telah sedari dan rasai perubahan zaman penuh menakutkan
Kedatangan pelbagai fitnah melanda dunia...
sebelum tiba hari-hari bumi menghabiskan harinya...

Ayuh!!! ummah!!! ayuh Ummah!!!
Sama-sama kita bangkit..
Aku juga tahu aku tak mampu berubah sendiri..Aku yakin..!!!dengan adanya kamu semua Ummat nabi Muhammad yang dibangga...
Kita mampu membina semangat bersama..
Hapuskan Kebatilan segera!! Jalankan dakwah baginda..
Kita tidak akan lemah dan lesu..
Jika kita lihat ramai bersatu. Berpadu..

Aku tunggu kau ummah!!!Bangkit bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan