Sabtu, 21 Ogos 2010

Jauhi buruk sangka ..

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 12 menyebut :
Bersaudara itu indah.
"Wahai orang yang beriman !! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
manusia secara kebiasaanya bolehlah dikatakan bahawa lebih cenderung umtuk menafsirkan  sesuatu perkara dari aspek negatif mendahului positif.. walhal mereka belum melakukan usul periksa  atau bertanya lanjut tentang  perkara tersebut.
Dengan itu, apabila kita mendapat sesuatu berita, maka harus untuk kita menyelidiki sebelum mengatakan sesuatu yang tidak pasti. ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al hujurat ayat-6 : "Whai orang-orang yang beriman !! apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran islam dan berterusan dalam melakukan dosa-dosa ) yang membawa sesuatu berita, maka siasatlah dengan teliti (benar atau tidak).
Bersama sahabat dalam menghadapi suka duka kehidupan.
Jadi hendaklah kita sama-sama menanam azam baru serta tekad yang jitu dalam melatih diri menjauhi perkara munkar serta tegahan agama.
Penulis juga ingin memohon maaf atas segala kesilapan sekiranya bersikap buruk sangka pada sahabat-sahabat sekalian.Semoga Ramadhan kali ini memberikan satu semangat baru untuk sama-sama berganding bahu menuju kearah kebaikan..dunia dan akhirat khususnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan