Sabtu, 31 Julai 2010

Islam itu indah buat semua...

Di dalam Al-quran ada disebutkan perintah Allah iaitu kewajipan keatas perempuan yang beriman untuk menutup aurat mereka sehingga melabuhi dada mereka. firman Allah dlm surah AL-Ahzab ayat 59 :

يا أيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلاببهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين وكان الله غفورا رحيما

rujuk maksud dalam tafsir quran..

Ana hanyalah sekadar berkongsi ilmu yang ana dapat dr pelajaran tafsir oleh ustaz hassan abd abd aziz .

Menurut mufassirin, antara sebab nuzul ayat ini adalah ketika zaman nabi, adapun dua orang perempuan keluar diwaktu malam untuk qada' hajat.Salah seorang daripadanya adalah hamba manakala yang seorang lagi adalah perempuan bebas (x hamba).ketika itu juga, terdapat fassak (kutu rayau) yang suka mengusik perempuan dan ini adalah daripada budaya arab jahiliyyah. wanita terdedah kepada usikan sekiranya mereka tidak menutup kepala mereka ketika keluar untuk menqada' hajat. ini kerana ada penyakit hati didalam diri, maka turunlah ayat ini bagi memelihara kaum wanita ...

Apakah pula syarat menutup aurat secara syarie?
1. Hendaklah menutupi seluruh badanya berdasarkan petikan ayat
(يدنين عليهن من جلابيبهن ) yang membawa maksud pakaian yang sempurna (tidak jarang dan tidak ketat).

2. Hendaklah pakaian itu tidak terlalu lembut tetapi sedikit keras.
hadis nabi dari aisyah r.a " asma bin abu bakar telah masuk menemui rasullullah dan asma ketika itu memakai baju yang nipis maka rasullullah menyuruhnya untuk memakai yang lain..

3.Tidaklah baju itu menarik perhatian warnanya dan tidak juga terlalu banyak perhiasan.

4.Hendaklah pakaian itu longgar dan tidak menampakkan bentuk badan dan tidak menampakkan tempat2 fitnah berdasarkan hadis nabi dari rasullullah baginda bersabda dua golongan ahli neraka adalah kaum yang padanya cemeti seperti ekor lembu dan perempuan yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian (tel...)

jadi,penulis ingin menyeru kepada semua muslimat agar sama-sama kita menjaga aurat kita kerana di situlah terletaknya harga diri seorang muslimah.



Sesungguhnya Allah sangat menyayangi kita kerana menunjuki cara berpakaian yang tetap serta bersesuaian dengan fitrah perempuan itu sendiri.

sepertimana yang kita tahu bahawa struktur kulit wanita itu lembut dan sensitif terhadap kepanasan.maka wajarlah ia dipelihara sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya kanser kulit yang semakin menular dikalangan masyarakat eropah.

akhir kata " jom kita menuju kearah kebaikan ! "

1 ulasan: