Sunday, October 30, 2016

Menyayangi ibu bapa dan ibu mertua

Assalamualaikum,

Hai guys, girlz..

Harini jom aku nak kongsi sikit. ritu aku ad dengar ceramah ustazah nor hafizah musa.

dari situ aku banyak belajar dan aku baru tau yang sebagai menantu perempuan,

ibubapa mertua level dia lebih tinggi dri ibubapa sendiri.

So, berbuatlah baik kepada mereka dan sayangi mereka LEBIH dari engkau menyayangi dan berbakti pada kedua ibubapamu sendiri.

Kita kena dekatkan suami kita dan beri dia peluang berbakti pada ibu bapa dia lebih dri ibu bapa kita sendiri.

HEBAT KAN?

Kalau kita berdoa, jangan lupa mereka dalam doa kita sepertimana kita juga perlu sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita.

Kita kena selalu redho bila suami melebihkan kedua ibu bapamnya, memberi wang belanja dan memberi masa terutamnya bila mana kedua ibu bapa suami kita telah tua.

SWEET TAK?

korang tau ke kenapa?

sebab setiap kebaikan dan bakti suami kita tu akan lahir keberkatan.

Dengan KEBERKATAN itu lah menjadi asbab kebahagiaan rumah tangga kita, kehidupan dan sume lah..

lagipun mestilah kita nak suami kita masuk syurga kan? so syurga dia ada dekat ibu bapa dia la..

Jom kita sikit2 berubah ke arah kebaikan.

Tak rugi kita jadi baik, dunia ni kan jambatan je..tak rugi kita bersabar, sebab setiap kesabaran Allah janji pahala.

Lagi2 kalau kita dikurniakan mertua yang soleh dan solehah. amiin

ok la..tu je kot. sampai jumpa!


Sunday, October 23, 2016

Rak atas mesin

Hai,

rini aku buat kerja cam laki sikit..pasang2 rak ni..bukan bidang la..tapi mcm best jugak mencuba..guna la sikit otak aku ni nak pikir tengok tiang2 bagai..

mula cam was was..bole ke psg ek..lepas tu..alah..kalau x jd..bukak la balik.

aku pon start la smbung ikut arahan dia bg..but then, x betul rupanya..so time ni la aku kira balik bape engsel provided and all..

then aku berjaya la psg..tapi dah lebih banyak tiang pulak..then ad beberpa engsel x guna..aku pelik..

aku pun try test n error..pikir cane la nak attach benda ni..

alhmdulillah..dpt hidaya agaknya..berjaya la aku pasang..dengan bntuan penukul besi la ape lagi..mane ad kudrat nak ketuk2 ngan tangan..

'walla..siap alhamdulillah'

moral of the story, pedulikan rasa tak boleh buat dalam diri tu..cuba dulu..once u stuck, re think and do it again..

tak ada istilah kegagalan dlm dunia ni..tapi berlainan rupa bentuk kejayaan..what a wonderful world :-)

Nampk je simple..tp time nak buat mmg mak aii..hehe

Diet Sihat- Oat masak ayam halia

Assalamualaikum,,

Sku nak share skit pasal Oat, aku tak suka oat tapi aku suka tengok orang makan oat..haha

biasakan kalau resepi oat mesti sama ada manis, letak susu, or masam, letak yogurt n buah buahan.

tapi skrg aku nak share resepi dri buku yang aku beli, Oat masak ayam halia

Sedap n tak muak

bahan2
3 sudu raw oat (aku rase oat segera pon bole cuma rase maybe lain la kot)
1 bhg dada (7-8 hirisan ayam)
karet skit
bwg putih dua ulas hiris
bwg besar
halia skit
garam secukup rase

tu je..mula2 ko hiris bawang, bwg putih, halia. 

panaskan periuk, msk dging ayam, campak la bahan2 hiris tu..masukkna karet, dh gelegak, masukkn oat..msk dlm 7-8 minit smpai oat lembut. td aku rendam kejap oat tu..sebelum mula msk..kot2 la dia keras ke sbb raw. (unprocess oat). masukkn garam skit.

dah msk, sebijik mcm rase mkn bubur nasi baby.

orait la..dri manis2 ni..huhu nak pedas letak la cili padi, lada sulah ke, lada hitam ke, ikut suka korang..kan kita yang nak makan..hehe

selamat mencuba!
Oat masak halia

popia sambal..popia sambal

Assalamualaikum,

semalam aku ad buat popia sambal..sebenarnya lama dah survey blog fatin liyana cara nak buat popia ni. last2 semalam baru jd kenyataan.

Style aku, lagi simple lagi better..bahan asal ada..buh mane ko suke..hahaha

main ingredient i guess sengkuang la..n banwang..the rest ikut suke ko

yang aku buat

1/2 sengkuang (baki ritu)
bawang besar sebijik
hirisan daging kambing (baki stik)
karet (baki msk x habis suku lagi)
bawang putih 2-3 bji
garam

okay..tu je..then kerat sume tu bagi macam batang mancis tapi jgn le kurus betul2 macam batang mancis..

tulis bawang merah, bawang putih, karet

dah lembut masuk dging.

then last bila dging dh sikit empuk masukkn sengkuang

kacau kacau..blablabla..siap la.. ops..lpe, letak la garam secukup rasa.

after dh siap inti tu..ko bubuh je dalam kulit popia yg telah dikeluarkn dri peti ais selama 30 mint - 1 jam..pastikan kulit popia tu dh x frezz . jgn dedahkan pada angin nnti dia kering.

then letak la inti dlm popia tu..jgn banyak sgt..mcm aku buat first time..smpai muak giler penuh inti.

lipat mcm nepkin baby..tengah, kiri, kanan, gulung,,then plaster dengan telur, or air kosong, or campuran tepung gndum n air.

then goreng.

utk sambal..oleh kerana aku silap paham si fatin tulis cara dia sama macam nk buat sambal..dah terjdi smbal masak merah pulak..rupanya..maksd dia sambal tu macam buat sos..

amek air, rebus cili giling dalam 2-3 sudu,

then letak suku sudu asam jawa, then masukkn gula.

aku guna gula melaka sbb elakkan makan gua putih..biar dia masak, mendidih dan betul2 likat. awas jangan smpai hangit okay.

letak je popia ko dlm tu n tutup api..

nak tau cne sambal tu dah likat ke belum, bila dh menggelegak, tinggl buih je, bila angkat senduk cairan dia cam likat..itu mse sesuai utk tutp api.

pastikan jumlah gula tak sikit sbb dia takkan likat. aku letak dlm 3-4 sudu makan gula melaka jugak.



Final version popia aku..huhu

selamat mencuba kengkawan sekalian..haha :-)


Saturday, October 15, 2016

RINDU SYAWARMA MAHALLAH RUQAIYYAH

Assalamualaikum,

Korang nak tau tak, benda paling best kat uia ialah makanan nya..heaven..tapi untuk student yang tak duit macam aku ni..simpan duit untuk menikmati sume makanan sedap1 tu..

berikut aku senaraikan benda paling best nak try makan kt UIA even aku ni tak der la fanatik sangat dengan makanan..huhu

1- MAHALLAH RUQAIYYAH- ada SYAWARMA PLATE (RM8) , SANDWICH (RM5 tahun 2015), FALAFEL (RM5),

2- MAHALLAH AMINAH tapi dah pindah kat SALAHUDDIN- JUS MANGO (RM2.50 tahun 2015), JUS HONEY DEW, BURGER (memalam klu lapo)

3- MAHALLAH HAFSA - CHICKEN CHOP yang boleh request kuah ikut suka hati tapi makcik ni dah pindah tahun 2015-tukar tender aku tak tau dia g mane

4- MAHALLAH HALIMAH- SYAWARMA (RM5) sedap gak..dan benda goreng2 macam kat pasar malam, kopok2, pisang, mee sizzling

5- MAHALLAH ASIAH - MEE CINA (baru je bukak stall ni tahun 2015, ada dumpling bagai) bagi aku, hurmmm..sedap jugak cuma saiz mee dia agak besar untuk aku yang mulut kecik tak bape nak boleh kunyah la..hahaha

The rest, enjoy pasar malam setiap hari rabu..beli la kaya ball ke, kopok lekor ke, martabak ke, char kue teow ke, ais krim goreng ke, or even buah2 buahan bole tahan murah jugak..

Alamak, rindu la nak makan2 kat UIA

ops lupa, kat kampus pun ade je benda best, mcm kedai barbosa ke ape tah name dia..aku selalu beli roti hot dog je..lagi satu..yang dekat ceruk libry UIAM tu..situ memang dah menjadi kewajipan aku beli sandwich chicken dia..main reason, pagi buat dah smpai libry kedai lain sume tak bukak lagi..haha

or, study tak ingat makan then x larat nak jalan jauh2..so aku pg situ je la..kalau korang jenis suka try..bole rase barbossa but i just cannot eat that..rase teloq mcm makan bahulu...x mau

Kafe EKONS (EKONOMI) okay gak makanan dia..pagi2 ada nasi lemak bungkus murah giler...RM1 je x silap..tu tahun 2015 la..kueh mueh dalam 3 singgit kot..kalau satu 40 sen..

asal la aku g update pasal makanan tengah2 malam ni..lapo agaknya..

so, for student yang kocek dia selalu kempis cam aku..u can choose EKONS or MAHALLAH HALIMAH to find food becoz mostly murah..Another option pg makan kat MAHALLAH yang setentang HALIMAH TU..yang budak Matrik tu..situ bole tahan, murah and sedap..

So far, nak survive makan kat UIAM ni parok gak..mahaiii..but insha allah..ramai yang buat expended meal ea..pobondo tah istilah dia..meal yang dh dibayar..so korang tunggal amek je..jangan sampai tak makan okay..

tu je kot..kbai

LEBIH KURANG CENGGINI LA RUPA DIA..BUT THE TASTE..IS..LIKE..OMG..
GIMME ONE NOW...WAAAAA

Friday, October 14, 2016

MASTER UIAM-CONVO!

Assalamualaikum,

Hai guys, akhirnya, alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

setelah beberapa episod kesedihan pasal Master aku kat UIAM, alhamdulillahi rabbi 'alamin.

i will begraduated soon!!!

Pejam celik..pejam n pikir..tak sangka perjalanan ini ada pengakhiran nya..

Master ni buat aku sedar, yang untuk belajar sesuatu yang baru bukan mudah..sebab tu la pahala orang belajar ni tinggi

Aku jugak sedar, even dah ada master, ilmu cam tak der, aku sekadar dapat pengalaman macamane nak buat research, dan mengenali buku2 yang diguna pakai ulama dalam memahami sesuatu isu..

Master tu tak buat aku jadi ALIM, Dan sedikit upgrade cara aku berfikir dan handle emosi dan akal..namun bukan 100%.

Hurm..

Bagi yang baru dalam perjalanan ni.. YAKINLAH..PASTI AKAN ADA AKHIRNYA..KESUSAHAN ITU SANDARKAN PADA ALLAH UNTUK DIA BANTU KITA..

In fact, ada je kawan2 aku yang susah dan tak dapat habiskan master dia..Lain orang lain ujianya..

OPTIMIS yang ALlah sentiasa ada untuk bantu kita, dengar keluhan hati kita..kesusahan kita nak analisis kajian ni sumer..

PERCAYALAH..TAK DER ORANG YANG DAPAT PAHAM KESUSAHAN BELAJAR MELAINKAN ALLAH..

sebab Allah tau setiap inchi dan zarah ape yang kita buat dan pikir..ape yang kita cari dan mahu tau..dan ape yang kita harap dari kajian tu..


BE strong! UKENDUIT :-) PEaCE YO!





Nak berubah? JOM

Assalamualaikum,

Ape kabar semua, hehe hopefully korang sihat walafiat..

dari semalam aku duk termenung..susah ke ek nak berubah? hurmm

lepas suami nasihat baru aku perasan yang aku ni jenis cakap 'direct'

kalau pergi kedai, tengok barang cam tak logik dengan harga nnti aq terus cakap.".ish..mahal giler..cam tak padan dengan barang jer"

ataupun bila jumpa barang beyond expectation murahnya tu "hek eleh..singgit je"

Ataupun, pegi beratur kat kaunter, then cashier tu dengan muka monyok gaya scan barang2 pon macam malas nak angkat..terus je aku cakap "dia ni baru kerja ke?" "kalau bos dia ada mesti aktif sikit"- dalam mind aku, budak ni cam malas kerja, aku pon pernah gak kerja cmtu dulu tapi aq selalu bg yg terbaik

on the other hand, kita tak tau, dia sihat ke tak, ada masalah keluarga ke tak, dah makan ke belum, berapa lama dia berdiri...banyak benda la sepatutnya aku kena consider sebelum judge..come on..i can do this...stop being judgemental!!

Actually, aku langsung xd niat nak perkecilkan peniaga ke, or berlaku sombong tapi aku tak pernah pikir perasaan orang yang mendengar 'might be' atau mungkin terasa. aku tak perasan langsung, seriusly..

So, harini aku dengar pulak kat IKIM, bercakap mesti berhikmah, kena pada tempatnya..

Encik S pesan- kalau benda yang kita nak cakap tu tak memberi manfaat pada sekeliling, contoh macam nak komen pape la..better tak payah keluarkan dari mulut..berlapang dada dan hilangkan dari hati..

aku pon bila dengar camtu..baru nak..OOoooo..mungkin itulah kesilapan yang aku tak perasan selama ni.

Nak berubah untuk bercakap atau menulis dengan baik, mcm impossible sbb benda yang dah terbiasa lama..tapi tak salah untuk mencuba kan

Allah nilai pada usaha bukan hasil..

Jadi aku mintak maaf sangat2 dengan semua orang yang pernah aku jumpa, kenal, berkawan, sekelas, sekuliah, pernah dengan aku bg talk ke apa..yang aku terguriskan hatinya tanpa sedar, yang aku buat dia menangis di balik pape la..yang aku buat orang terasa sampai sekarang..sungguh aku sendiri tak berniat untuk melukakan orang..sape la kat dunia ni suka nak sakitkan hati orang..kalau boleh kita nak sumer orang hepi2 jer..

Insha allah, aku nak cuba post benda2 positif je lepas ni,, so that, the positive vibe tu spread out..no more negative, sakit hati, sombong, tamak..nak cuba jugak jadi orang yang baik.

peace yo!





Wednesday, October 12, 2016

Jom Ubah Minda

Assalamualaikum,

Nak share pasal entry 'lawan' or 'kawan'

Walaupun dah terungkap tapi dalam hati rase serba salah ..namun memang nak habiskan isu ni lama dah..dah tak nak ada pape dalam hati.

Berbekalkan ape yang prof mUhaya bagitau..kena cakap dalam diri..

Kepada 'Kawan' saya tu..

I Understand you

I love you

I forgive you

Sebab kita tak nak 'kawan' kita tu masuk neraka sebab kita tak maafkan dia.

thats it

Stop Judging, Just Chill!

Tuesday, October 11, 2016

Pancakes vs Lempeng

Assalamualaikum,

Selamat pagi, hopefully korang sihat and dah sarapan :-)

so aku nak share sikit pasal lempeng or name orang putih dia 'pancakes'

senang giler nak buat..tapi oleh kerana camera handset aku tak cantik. so aku tak letak gambar la ea

untuk makan berdua macam aku nu..cukup la buat sesikit je..kang bazir pulak.

Resepi,

1 cawan air, 1 cawan tepung , 1 biji telur

campur je sume

kacau smpai tak der ketul2..

kalau nak lagi crispy campur air lagi skit but i like ths way..just nice

then amek non stick fry pan..letak je atas tu and buat gaya cam mamak tosei..

nampak color bit brown..angkat

Wallah..siap

serve with honey and yougurt..sedap guys..if u have strawberry or other berrys fruit, mango ke..letak skit..touch up

boleh dah makan untuk sapan. simple kan..healthy lagi

okay, assalamualaikum.

Tq sebab membaca blog ni. :-)