Tuesday, September 22, 2015

Realiti Pendidikan

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku tak de la nak tulis pape sangat..cuma pandangan peribadi berkenaan pendidikan.
cerita dia camni..aku jumpa la dengan pemeriksa or bhs orang puteh dia 'examiner' thesis aku..aku tunggu depan bilik dia dalam 15 minit sebelum timing utk meet dengan dia..then dlm 20 minit dia smpai..so perasaan aku cam berdebar pon ada..rilek pon ada..dan wktu aku masuk tu..deh berlambak student tunggu nak berurusan dengan dia. aku pon fine..masuk dan ambik tempat.

Dia: Sarah(bukan nama sebenar) ye? (nada nak dapat kepastian)

Aku: Ye saya..

Dia: ambik lah ni..duduk satu tempat dan semak2 la pembetulan yang saya dah tanda.

Aku: Ok, terima kasih dr.

Masa berlalu..sehelai2 aku tengok contengan dalam thesis..ish..byk formatting je ni..tiba2 dlm 10 minit..aku dpt permission..

Dia: Eh, sarah kalau ada pape mencelah je tau..

Aku: Baik dr.

Mata aku terpandang perkataan 'rephrase' ..banyak dalam satu page ni..dan for sure lagi banyak kan dekat page lain..then aku pon tnye.

Aku: Dr, kenapa kat sini rephrase ye? saya mmg dah rephrase dari buku..itu apa yang saya faham.

Dia: sambil berbisik.. (rephrase bi awak tu...ehem2..) * dia nak cakap bi aku teruk gila smpai dia tak leh nak paham..
*Amaran: Bukan based on this sentence shj..ada macam2 epilog menyedihkan pasal Bi ni..

Aku: rase cam luka berdarah kembali..mana tak nya..selama aku duduk U dot dot ni..selama 2 tahun aku menulis thesis..selama setiap detik aku habiskan masa untuk berbncang dengan lecturer..aku tak pernah menerima..sekali lagi..NEVER..TAK PERNAH..ada nasihat yang membina psl Bi ni..kat mata diorang memang BI aku macam air longkang..even air longkang dalam mase dua tahun tu orang boleh minum lepas proses Osmosis yang penyulingan berbalik tu..tapi aku..tak boleh osmisis..memang selamnaya jadi air longkang..
Aku just..hurmm..x d ekspresi..memang nasihat yang sama aku terima..aku kecewa sebab bukan aku tak berusaha..bukan aku buat sambil lewa..bukan aku tak pernah betulkan penulisan..cuma aku memang TAK MAMPU NAK PUASKAN KEPALA orang yang ada macam2 ego..
then aku sit semula..pendekkan cerita..time aku last nak tnye psl pembetulan formatting..dia ada bagi ayat ni..

Dia: Saya tengok kan..rujukan awak ni..semua bahasa inggeris..kalau orang ambik rujukan arab..insha allah la..saya boleh consider..dan saya memang faham sangat la kalau thesis ditulis dalam bahasa arab..

Aku: ye dr. semua bi.. (mood gembira ada org cuba nak memamahi..tapi..ayat lepas tu)

Dia: kenapa x salin je ayat dari buku tu / copy dri buku..alaa..ubah word sikit2 je...

Aku: Dr. saya lebih suka menulis apa yang saya faham..memang bi saya tak elok..tapi saya tulis benda yang saya faham dan ayat yang saya cuba buat sendiri..(Dah kenapa lecturer menyokong budaya copy paste? menyokong cara tak langsung la kalau dah cakap cmni.. language penting or penulisan yang x d nilai kefahaman..hantar je kt org..bayar je ribu riban..yang penting hasil nmpak cntik..itu ke mksd dr..aku cakap dlm hati) language tu penting tapi cuba consider juga kefahaman yang student tu dapat dri penulisan dia..membina ke x? cuba pandang kajian dia tu..at least.. support la usaha dia hasilkn thesis tu..dan u know what..thesis tu memang fully effort student..tak salah kan membina semangat pelajat untuk terus menghasilkan kajian yang menguntungkan Islam akan datang.. huh

Dan aku berlalu dengan penuh kekecewaan..aku tak rase aku belajar pape dari MASTER ni.. Aku semakin hari semakin benci dengan dunia akademik yang dipenuhi orang orang berotak politik (Bagi aku la..pendapat aku sendiri)..Sume isu duit..isu prestige..xd nilai pada ilmu..xd budaya mendidik dengan cara yang betul..Aku tak rase Islam pupuk budaya ilmu macam tu. Kalau mcm tu la gaya menuntut ilmu..memang aku orang pertama yang akan membenci sistem pendidikan..AKu orang yang tak nak bagi keturunan aku pergi sekolah belaja dengan orang yang nak kepentingan sendiri..

Entahla..mungkin emosi orang muda yang bodoh..mcm ni la agaknya....I am sick of this..

Saturday, August 22, 2015

Hidup dan Mati

Okay, ni tajuk insaf..haha

Senang citer, aku just nak ajak korang pikir je..bukan sebab aku ni alim ke apa..aku pon same jugak cam korang.

Aku tengok la kan..orang sekita aku ni..macam-macam jenis orang.

Memang ALlah buat tu macam-macam. Baik dari segi rupa, Bangsa, Bahasa, Perangai, Pemakaian, Darjat, Harta, etc..tak habis nak sebut..tapi semua perbezaa tu ada satu persamaan.. SUME AKAN MATI

Kelakar tak? Pelik tak?

Kelakar bagi aku sebab macamane pon kau nak buat diri kau jadi cantik, berhabis duit, beli barang-barang mahal..lastly ko mati..badan ko mereput..kena makan ulat..so..basically..xd pape pon kalau kejar kearah tu..macam mane tinggi ko ko bangga dengan kecantikn yang ko miliki..kesitu jugak pengakhiranya.

Pelik bagi aku sebab orang yang berharta, KAYA RAYA, Dah macam tak tau nak buat ape dengan duit yang banyak sangat..rase cam nak tabur tepi jalan..HAHAHA..ko mati nanti tak bawak pape..sesen pon tak bawak..Untung nasib kalau ko kaya dan baik hati, Ada la orang tolong urus jenazah..Kalau Ko jenis kaya busuk hati..silap hari mati sorang-sorang sebab orang sibuk nak bahagi harta dapat kat sape..

BETUL X?

So, bagi aku la..manusia biasa, serba sedikit yang allah pinjamkan..Kalau korang dalam mana -mana posisi diatas..Buatla sesuatu yang dapat bagi SAHAM pada SESUATU YANG PASTI----> MATI

Kalau dalam hadis Nabi ada 3: 1) DOA DARI ANAK SOLEH 2) AMAL JARIAH (SEDEKAH) 3) ILMU YANG BERMANFAAT

NI apa yang aku tengok la..ramai lagi rupanya bangsaku MELAYU yang lalai dan leka..Bukan nak cakap golongan muda yang majority dah lemas dan hanyut..yang EMAS ni pon sama jugak. Aku ni orang yang plaing admire warga emas. sebab bagi aku. gelaran emas yang diorang pegang tu melambangkan nilai pengalaman hidup yang tak ternilai..kalau ad nilai baik diorang bagi nama WARGA TEMBAGA KE..KAH KAH KAH

SO, aku sedih tengok WARGA yang EMAS ni kadang bukan hanyut. cuma leka dan masih tak boleh berpisah dari hiburan yang melalaikan..AKu sayang semua warga emas kat dunia ni. DAN AKU HARAP SEMUANYA AKAN ADA PENGAKHIRAN HIDUP YANG EMAS JUGAK.

Nak cakap pasal mati dengan orang muda ni susah. macam2 ada..aku muda lagi la..tak boleh kawal emosi la..hidup sekali enjoy la dulu la.hrmmm..aku pon muda lagi time aku menulis ni. tapi aku harap aku kekal dengan jalan yang aku pilih.

OKLA..lama bebel..ambil la pesanan aku yang boleh pakai. kalau x boleh pakai buang je kat tong sampah.

I love you guys..selamat beramal!


Friday, August 21, 2015

Tips menghadapi depression...

Hi, Hello, Assalamualaikum,

Kepada yang berkenaan la.. post ni bertujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang ada masalah depression.

Pertama sekali, saya bukan psychology dan tak ada background psychology.

Tapi saya perempuan yang pernah mengalami depression seperti kalian..

mungkin masalah kita berbeza, saya pasti ada yang sedang mengalami masalah lebih teruk, kritikal, runsing smpai tak boleh tidur..

Ape sahaja masalah yang kalian hadapi, Kalian kena kuat! berikut saya sertakan tips macamane saya hadapi stress saya.

1. Oleh kerana saya perempuan, so bila sebut perempuan ni, perempuan je la yg paham perasaan perempuan..hehe saya akan menangis dulu bila dapat masalah. menangis semahu mahunya..kadang tu saya tak nak menangis pon. tapi air mata mengalir tak berhenti. macam sungai. Kadang2 tu smpai seminggu dua..sungai tu boleh je empangan tetiba pecah kalau ada orang usik sikit je berkenaan hal yang saya sedih tu. So menangislah..sebab..pengalaman saya yang brsedih selama 2-3 minggu..smpai dah x larat menangis..tapi tak la straitgh 24 jam nangis tau..nnti buta mata orang kata nangis lama2..saya akan jadi waras semula..kalau ada kawan baik, atau keluarga terdekat..mengadu lah pada mereka..ada orang yang mendengar buat kita lega walaupun masalah tak selesai. bagi pendengar pulak. tolong bagi kerjasama. tolong jd pendengar yang baik dan setia. jangan menambah masalah. Pendengar yang baik ni memang susah nak cari tapi mereka WUJUD. :-)

2. Lepas dah waras, saya suka amek masa untuk tidur, sampai saya rasa badan dan otak saya free..biasa x lama la..dalam 2 hri tu je saya bangun lambat dari biasa. cuba jaga makan dan minum walaupun mood sedih.

3. Ni tips paling best..PERGI SHOPPING..haha walaupun tak ada la banyak duit. saya suka keluar dari tempat tu..pergi jalan2 tengok barang dekat kedai. belek2 baju..jenis saya shopping budget je..cari yang murah! betul2 murah! macam..dapat blouse rm8 tapi new dan cantik material..nanti saya bagi tips wktu lain ye psl shopping tu. :p

4. Biasanya..dalam 2-3 kali semnggu saya keluar tengok barang waktu stress, tengok gelagat orang pon ye jugak. lepas tu biasanya saya okay. kalau nak lebih okay keluar dengan kawan rapat. Next is main dengan binatang. kucing ke..kalau saya la..jadi aman damai.

5. This one better for Muslim la..even for other like hinduism, buddhism, christians or atheis..Boleh la sejujur mengadu pada tuhan. menangis pada tuhan. minta tuhan mudahkan perjalanan hidup yang singkat ini. Bukan nak jd rhetorik la first dpt masalah terus je kepada tuhan. kadang2 manusia selalu lost. tapi yang paling baik memang macamtu..first kena hempap masalah sudah ucap syukur pada tuhan. some muslims truly like that believe me. orang macamni kita panggil muslim yang beriman dan sangat dekat dengan Allah. Jadi, kelompok biasa jangan sedih. asal tidak jauh dari tuhan. kita boleh jadi macam mereka..

Lastly, jangan sedih2..kalau rasa tak ada duit, banyak2 bersedekah. 10kali gnda balasan menanti, kalau putus cinta pon jangan sedih..sebab bercinta tak halal memang tak ada dalam islam, kalau dah putus boleh terus hidup untuk mencari cinta yang halal. kalau rase sedih jugak, ingatlah mak ayah yang selalu mencintai anak2 dia. kalau tak cinta nape kita ni dah besar? sebab diorang la tolong bela. kalau sedih lagi..ingatlah selalu Allah sayang kita. sebab walaupun putus cinta. allah masih bagi kita nafas untuk hidup, allah bagi mata untuk melihat, kaki dan tangan untuk bergerak. kalau tak dapat nak bayang, pegi la hospital. tengok macam ane orang berjuang untuk hidup atau semata2 untuk satu OKSIGEN yang BERBAYAR!! TERUSKAN HIDUP KERANA HIDUP ITU SINGKAT..GUNAKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK MENJADIKAN DIRIMU PALING BAHAGIA DENGAN BERBAKTI PADA ORANG LAIN.. i love u guys..KEEP STRONG!



MORE QUOTES http://quotesfans.com/strong-quotes/


Susu WIldan- Susu Kambing

Assalamualikum,

Dah kebetulan hari ni waktu aku free, so nak la bagitau pasal susu wildan ni..

Korang pernag dengar ke tidak?

Kalau duduk malaysia insha allah pernah la kot..

Ni la produk susu kambing tempatan.. Kalau dekat iklan IKIM..Radio Islamik Malaysia,  Memang berkepul-kepul la khasiat pasal susu ni disebut, berkepul kepul tu ada yang saya sendiri merasainya..so betul la ape yang dia cakap tu.

Kalau Nak sebut pasal Khasiat susu kambing..esok pon tak habis baca blog ni..boleh refer Page FACEBOOK SUSU KAMBING COMMUNITY ..cer tgk kat situ..ada banyak la nk kena tgk..

Ada seorang customer mengadu susah buang air besar, alhamdulillah, lepas dia guna sekotak, dia kata ada perbezaan, setakat sedang menggunakan susu, belum lagi jadi masalah susah buang air.

Kalau psl JAUNDICE or DEMAM KUNING yang biasanya berlaku pada bayi, ibu mengandung sangatla di rekomen untuk minum sewaktu anak dalam kandungan atas nasihat doktor jugak. Kalau dah bersalin pon masih boleh guna susu sebab anak kan menyusu. dan khasiat akan sampai pada bayi.

Kalau ada yang berminat, Boleh pm FB saya Nusairah ramli atau call saya +60137034719

Kalau yang luar negara tapi nak jugak merasa minum susu kambing produk tempatan pon boleh. nanti kita usahakan untuk hantar produk kesana. :-) Insha allah, tujuan baik Allah akan mudahkan.


Saya rasa itu je la kot. Nanti membebel plak jadinya. Selamat mengamalkan makanan sunnah!


Macamane nak cari duit lebih?

Assalamualaikum,

Oleh kerana ekonomi malaysia semakin jatuh..merudum, so kenalah bertindak cepat untuk cari duit..
Sebelum ni totally bergantung dengan biasiswa. Bila biasiswa dah tamat..aku pon tamat (*_*)

Banyak jugak benda yang aku dah pernah buat untuk cari duit poket ni, meh aku listkan

1- Keja retailer (gaji dlm 1100-1500) sebulan. Bergantung pada owner kedai yang kita kerja.
cara nak jd retailer? senang je, masuk je pasar raya, tengok mana2 sigboard yang ada tulis VACANCY..maksud dia kerja kosong. terus la ringan2 mulut2 untuk tanya.

2. Kerja jualkan barang orang, amek la sikit untuk dalam RM5 / RM10 ke utk setiap brg. pastikan tau harga sebenar produk, harga pos dekat customer, harga pape la yg berkaitan supaya tak la jadi rugi plak.

3. Kerja waiter kat hotel, ni aku baru je try. sejam dlm Rm5 ke atas. bergantung pada event dan hotel. Diorang memang ada gajikan part time ikut jam kerja. so, habis je kerja haritu dapat la duit. X payah bagi resume ke apa. kena pandai tuang air, dengar arahan, dan pakaian sopan ikut hotel nak.

4. Jual Megi kat asrama. pernah jugak buat. beli sepaket besar, lepastu jual tiap paket dlm harga amek untuk 30-50 posen je..boleh tahan la..tapi sekarang dah tak buat sebab dah tak makan megi. tak bagus untuk kesihatan plus takkan orang pon sakit sebab makan megi.

5. Keja jual-jual2 biasa la..jual kot, jual baju renang muslimah, jual barang carft..benda2 yang boleh dibuat tu la dijual. asrama kan. kalu ada dapor memang dah lama jual nasi dan kueh..hihi

Kalau x silap, korang boleh jugak jual barang dekat ebay http://www.ebay.com/sch/Malaysia-/162190/i.html or amazan https://www.amazon.com/gp/gw/ajax/s.html or lebih common lagi dengan orang melayu http://www.lelong.com.my/ ..korang jual sume barang2 yang dah tak pakai dan menyemak je dalam loker. mane tau ada orang berminat. so dapat jugak la duit. hehe

so..yang dalam list tu memang aku pernah buat la..dan alhamdulillah..dapat la jugak walaupun sikit. so selamat mencuba kengkawan!

Sunday, March 22, 2015

P K

Lepas baca catatan Mat lutfi
Baru tau macamne rase berfikir
Nikmatnya jadi orang yang berfikir
walaupun benda yang aku fikir x serumit ahli fikir

________________________________

Dulu aku pernah pikir
bila bukak qur'an terus nampak bismillah
makna dia 'dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang'
Tapi kenapa x rase pape pon bila Allah bagi tau kita yang dia MAHA pengasih dan MAHA penyayang?

Aku pikir
Kalau la Mak atau Ayah aku tulis satu note bagi kat aku
Tertera kata-kata 'Mak Sangat Kasih dan Sayangkan Kamu'
Mesti terus terbit air mata kot bila baca note tu..

Sebab aku dapat rasa kasih sayang tu..
Aku nampak macamane sayang tu walaupun x semua..
Aku kenal Mak aku ..
Aku tau pengorbanan mereka..

So, perasaan yang sama patut aku rasa..
Bila dapat Tau Allah memberitahu benda yang sama..
Malah Kasih Sayang Allah tidak seperti Makhluk..
Lebih dekat dan Kenal kita pada Allah..lebih kita dapat merasai..

_____________________________________

Aku pegi hospital ziarah orang sakit
Tengok diorang bernafas guna mesin
Alangkah beruntung aku bernafas dengan sendirinya
Tanpa sebarang kesusahan..Dan aku tidak pernah berterima kasih untuk itu pada Allah...

Aku bonceng motor kawan aku pegi kedai
Tetiba bahu jalan ada kereta rosak..
Jalan sibuk..padat dengan manusia..
Yang bermuka runsing menghadapi masalah kehidupan..

Lantas aku mendongak keatas..
Aku nampak langit yang membiru..
Pohon yang menghijau..
Sumber ketengan yang Allah bagi Free..

Boleh tengok setiap masa..
Boleh dapat ketenangan dan menikmati keajaiban tanpa apa2 kesusahan mahupun bayaran..
Boleh mengingatkan janji Allah itu sentiasa hampir dengan orang-orang yang beriman..
Boleh tengok jauhnya manusia dari tuhan..

Pemandangan secantik mana pun..
Kita tak akan dapat lihat lagi setelah kita ke alam setersunya..
Didalam tanah kita berseorangan..
Bertemankan kegelapan bukan lagi kehijauan alam..

_________________________________________

Selagi ada akal..manusia tak akan berhenti berfikir
Selagi ada akal..berusahalah untuk menjadi hamba yang berfikir..
agar kelak..kita kenal tuhan dengan sebenar-benarnya..