Monday, February 18, 2013

Langkah mudah untuk menjadi pembentang yang terbaik


PRAKATA
Berbekalkan pengalaman melaui pelbagai pembentangan di alam kampus. Saya ingin berkongsi tips ringkas agar para pelajar lainya dapat mengambil manfaat sekaligus membantu mengatasi masalah terutamanya ketika diamanahkan untuk melakukan pembentangan. Pengalaman memperolehi beberapa kejayaan sebagai pembentang terbaik memberi keyakinan untuk saya menulis sedikit sebanyak langkah mudah yang saya lakukan ketika menyapkan diri dengan pembentangan. Walaupun bukanlah dikenali sebagai pelajar yang aktif dan berani sewaktu di alam persekolahan namun kejayaan yang ditempa sewaktu diperingkat universiti menguatkan lagi teori bahawa kejayaan dan kehebatan itu boleh ditempa dan dibentuk. Ia tidak mudah namun tidak mustahil dengan izin Allah. Jadi jangan sesekali takut atau mengalah dalam apa jua keadaan kerana Allah menjadikan kita manusia yang hebat.

PENDAHULUAN
Sebagai pelajar universiti, kita tidak dapat lari dari melakukan pembentangan sama ada didalam kelas, bilik tutorial mahupun dewan kuliah. Bagi pelajar biasa, perasaan takut sering menyelubungi diri sehingga tidak dapat untuk melakukan yang terbaik. Bahkan ada juga dikalangan pelajar yang terus ‘blank’ sewaktu tiba di atas pentas. Saya juga mengalami keadaan yang sama sewaktu pertama kali memegang mikrofon untuk bercakap dikalangan ramai. Tiada sebarang kata yang mampu keluar melainkan getaran yang sangat ketara di dua bibir. Setelah beberapa tahun berjinak jinak dengan dunia perdebatan dan pembentangan, bermula dari pembentangan didalam kelas secara kecil-kecilan sehinggalah kepada pembentangan bersifat rasmi iaitu didalam bilik mesyuarat bersama Timbalan Naib Canselor universiti. Saya dapat melakukanya dengan baik sekali. Memandangkan pembentangan adalah sesuatu yang tidak asing dan kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua pelajar terutamanya diperingkat universiti, saya kongsikan beberapa langkah mudah yang terbukti berkesan sewaktu membantu rakan-rakan sepengajian.

BAHAN PEMBENTANGAN “SLIDES
1)      Disediakan sebelum pembentangan oleh pembentang (paling baik) atau ahli kumpulan. Ini kerana, orang yang menyediakan “Slides” adalah individual yang memahami sepenuhnya perkara yang hendak dibentangkan.
2)      Slides” mestilah seringkas yang mungkin. Hanya letakkan paling kurang 2 baris ayat dan paling banyak 8-10 baris ayat. Isi disusun mengikut nombor atau “bullet”.
3)      Jangan meletakkan terlalu banyak perhiasa didalam “Slides” seperti  gambar, animasi, dan bunyi. Bergantung kepada keadaan dan penonton yang akan mendengar. Untuk pembentangan rasmi. Jadikan “Slides” kelihatan professional.
4)      Jangan memilih warna yang sangat terang kerana ia akan menggangu. Pilih warna yang bersesuaian dgn latar belakang. Tujuan pemilihan warna adalah untuk menghasilkan “Slides” yang menarik dan kelihatan “Smart”.
5)      Elakkan menghasilkan terlalu banyak “Slides” (bergantung pada tajuk). penumpuan biasanya hanya boleh berlaku dalam tempoh 15 minit hingga 30 minit. Kebiasaanya, saya hanya menghasilkan 6- 13 “Slides”.
6)      Gariskan “keyword” pada tempat yang penting. Ia memudahkan anda untuk mengingati semula penerangan pada tempat2 penting.
7)      Pilih saiz tulisan yang bersesuaian dan jenis tulisan yang mudah dibaca.

 PERSIAPAN SEBAGAI PEMBENTANG
1)      Pembentang mestilah berkeadaan sihat sepenuhnya (bersarapan, bertenaga, tidak demam dan tidak selsema). Sekiranya ada simptom ketidakselesaan namun masih dapat dikawal, seeloknya minum air masak dan hilangkan gemuruh dan lebih tenang.
2)      Pakai pakaian yang “smart” dan bersih. Keselesaan dalam pemakaian mampu menambahkan keyakinan diri.
3)      Bagi perempuan, tidak perlu memakai pakaian yang terlalu “menonjol” kerana dikhuatiri pembentangan terganggu disebakan perhatian penonton beralih ke tempat lain dan menimbulkan ketidakselesaan dalam diri.
4)      Hadir ke tempat pembentangan sekiranya perlu seperti pembentangan rasmi. Sekiranya hanya melibatkan dewan kuliah yang besar. Pelajar boleh pergi dan cuba membentang “Slidess” sambil menggunakan mikrofon sehari sebelum kejadian atau beberapa jam sebelum kejadian. Cara ini sangat membantu terutamanya mengawal gemuruh dalam diri sekaligus memupuk keyakinan diri. Jangan sekali kali bertambah takot sekiranya sewaktu “rehersal” anda kelihatan begitu teruk dan bertambah takot serta tidak yakin. Sekiranya ini berlaku. Katakana dalam diri “ Aku tak boleh buat macam nie nanti..mesti lebih baik” dan praktis sehingga merasa kurang gemuruh walaupun tidak sempurna.
5)      Elakkan diri dari merasa “Over Confident” sebelum malakukan pembentangan kerana sikap ini biasanya akan berakhir dengan kekecewaan. Letakkan rasa rendah diri namun MAMPU untuk melakukan YANG TERBAIK. Allah jualah yang memudahkan segala aturan.

CARA MENYAMPAIKAN PEMBENTANGAN.
1)      Kenali “audience” atau penonton yang akan mendengar pembentangan anda. Adakah mereka dikalangan kawan sekuliah yang suka tidur dan cepat boring? Atau mereka para Dr dan Prof yang bersikap lebih serius dan berminat dengan pembentangan anda?
2)      Mulakan pembentangan dengan pertanyaan kabar sekadar yang perlu bagi membina hubungan dengan para penonton. Ia juga dapat mengurangkan rasa gemuruh terutamanya berhadapan dengan penonotn yang tidak dikenali.
3)      Anda mestilah sudah MENGUASAI segala permasalahan serta persoalan yang terkandung dalam pembentangan. Anda mestilah seorang yang sangat faham dengan segala isi kandungan pembentangan.
4)      Gunakan gaya bahasa yang mudah difahami ketika menerangkan sesatu isu atau persoalan.
5)      Datangkan contoh yang pada setiap isi yang sukar difahami dan ia mestilah ringkas agar penonton tidak jemu untuk cuba memahami. Contoh yang dikaitkan dengan kehidupan seharian lebih mudah difahami berbanding contoh dibekalkan didalam buku atau tulisan.
6)      JANGAN MEMBACA SLIDES sahaja sebaliknya setiap “point” isi  yang ditulis secara ringkas didalam “slide” diikuti penerangan panjang lebar bukan dari hafalan sebaliknya kefahaman pembentang.
7)      Sentiasa beranggapan bahawa penonton ingin tahu dan faham tentang pembentangan kita (walaupon kadang2 mereka macam tak nak dengar)..Tarik perhatian dengan menggunakan intonasi suara yang pelbagai juga gaya yang berbeza.
8)      Pembentangan yang paling Berjaya apabila penonton dapat member respon berkenaan maksud yang cuba kita sampaikan seperti senyum, ketawa, menangis dan sebagainya.
9)      BUANG PERASAAN MALU dalam diri yang tidak bertempat.
10)  JANGAN TAKUT DENGAN KESALAHAN..sebagai pelajar kita tidak akan lari dari kesalahan. Kesalahan hari ini pasti memngajar kita sesuatu yang baru pada masa hadapan.
11)  Apabila ‘ter’silap sebut atau ‘ter’salah isi atau segala perbuatan yang berkaitan ‘ter’…jangan panic sebaliknya bersikap tenang dan teruskan pembentangan. Sekiranya mampu untuk membetulkan silakan betulkan. Sekiranya tidak cukup sekadar memohon maaf atas kesilapan.
12)  Akhiri pembentangan dengan mengajukan persoalan agar kita berpuas hati dengan pemahaman yang diperolehi pendengar.