Friday, August 27, 2010

Hidayah itu milik Allah..

Disini penulis ingin mengajak sahabat sekalian membaca sebuah kisah yang ditulis oleh seorang hamba allah yang berpeluang merasai hidayah dariNYA..penulis berharap agar sama-sama kita dapat berkongsi manfaat dari < kisah ini.>. ..
disamping itu, kita baru sahaja melepasi ramadhan yang ke -17, jadi penulis ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai tarikh bersejarah ini. Tanggal 17 ramadhan merupakan suatu tarikh kebesaran umat islam kerana disitu berlakunya peristiwa bersejarah iaitu penurunan Al-Quran yang juga merupakan sebuah kitab suci bagi umat islam atau lebih dikenali dengan nama hari Nuzul Quran.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

firman Allah " Sesungguhnya kami yang menurunkanya dan kami jualah yang akan memeliharanya " .
Adapun telah sedia maklum bahawa Al Quran itu adalah Syifa (penyembuh) , penenang hati dan kandungannya terdiri daripada peringatan dan larangan, berita gembira buat orang mukmin serta khabar buruk bagi mereka yang mengingkarinya...
Disamping itu juga , suka untuk penulis mengingatkan sahabat - sahabat kembali berkenaan Ramadhan yang semakin hari semakin jauh menghabisi tempoh persinggahanya..
firman Allah  " Wahai mereka yang beriman diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas mereka yang sebelum mu Semoga kamu bertakwa ".
Inilah tujuan atau hadaf terbesar yang perlu dicapai di bulan yang mulia ini..bukanlah kita menjaga kebajikan kilang perut semata tetapi agar kita menjadi golongan yang bertakwa.
penulis ada mendengar tazkirah ringkas yang mengatakan bahawa bulan ramadhan ini diibaratkan seperti sebuah perlawanan bola sepak..mengandungi dua fasa.dan sedar atau tidak bahawa kini kita telah menebusi fasa yang kedua..namun berapakan jaringan gol yang telah berjaya kita lakukan ? sudah banyakkah mata yang diperoleh bagi memenagkan pasukan kita ?
sekiranya masih jauh ketinggalan  dari pihak lawan yang terdiri daripada nafsu.atau mereka berjaya membolot mata..Bangkitlah menentang nafsu dalam diri. kita perlulah lebih semangat berjuang habis habisan bagi memperoleh mata atau kredit iaitu pahala agar mendapat gelaran 'champion' iaitu golongan bertakwa..