Thursday, August 12, 2010

Ada apa dengan Ramadhan??

Seringkali kita mendengar keluhan di bulan ramadhan.."laparlah.." namun tahukah kita bahawa bulan ramadhan adalah medan untuk kiter sama-sama mentarbiah diri buat bekalan untuk mengahdapi 11 bulan yang mendatang..
Bulan Ramadhan yang mulia.
Ketika aku melintasi sebuah masjid yang terletak di nilai..ramai jemaah yang berpusu-pusu menuju kedalam masjid untuk mengerjakan solat berjemaah serta solat tarawikh ..suasana itu membuatkan aku terfikir akan satu hakikat yang besar.."ISLAM itu HEBAT !! ISLAM itu AGUNG!! "
jikalau kiter teliti semula..umat islam itu ramai namun mereka ibarat buih dilautan yang hilang dipukul ombak..
Adakah suasana ini akan berkekalan walau berakhirnya ramadhan?
Andai orang yang beriman itu tahu bahawa ganjaran diakhirat itu manis dan tersangat indah..nescaya mereka akan menolak dunia..
Dari mutiara kata  imam hassan al banna katanya "unsur kekuatan dari umat ini adalah hati yang bersatu, roh yang berpadu dan jiwa yang bersih ".
Tiadalah tujuan yang lebih besar untuk menghadapi bulan yang mulia ini melainkan untuk mencari keredhaan ALLAH serta menyucikan diri kerana di saat inilah pintu rahmat dibuka dan syaitan diikat.
Jadi aku menyeru kepada semua untuk sama-sama kiter menjadikan ramadhan pada kali ini lebih baik berlipat ganda daripada yang sebelumnya...